Friday, January 28, 2011

renungan~~

Kisah Nabi S.A.W Dgn Iblis Laknatullah...

Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis supaya dia menghadap Rasulullah SAW untuk memberitahu segala rahsia nya,baik yang disukai mahu pun yang dibencinya. Hikmat nya ialah untuk meninggikan derjat Nabi Muhammad SAW dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar memberi perintah untuk menghadap Rasullullah SAW. Hendaklah engkau buka segala rahsia mu dan apa pun ditanya Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalauengkau berdusta walau satu perkataan pun, niscaya akan terputus semua anggota badan mu, urat mu, serta di siksa dengan azab yang amat keras."

Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah SAW dengan menyamar sebagai orang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai, panjangnya seperti ekor lembu.

Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawaboleh Rasulullah SAW. Maka sambut Iblis (alaihi laknat),

"Ya Rasulullah! Mengapa engkau tidak menjawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?" Maka jawab Nabi dengan marah, "Hai Aduwul lah seteru Allah! Kepada ku engkau menunjukkan kebaikanmu? Janganlah mencuba menipu ku sebagaimana kau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan mu,Nabi Ayub engkau tiup dengan asap beracun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaan nya karena engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutan mu.



Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allahazza wajalla, cuma salammu saja aku tidak hendak menjawabnya karena diharamkanAllah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan danjin yang menyamar diri. Apa kehendakmu datang menemuiku?"

Taklimat Iblis, "Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Karena engkau adalah Khatamul Anbiya maka dapat mengenali ku. Ke datanganku adalah diperintah Allah untuk memberitahu segala tipu daya ku terhadap umatmu dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yangengkau tanya, aku bersedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah  aku berani menyembunyikannya."

Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata,"Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta barang sepatah pun niscaya hancurlebur lah badan ku menjadi abu."

Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang ku untuk menyiasati segala perbuatannya agar didengar oleh sekalian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada seluruh umat ku.

Pertanyaan Nabi (1):

"Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh mu dan bagaimana aku terhadap mu?"

Jawab Iblis:

"Ya Nabi Allah! Engkaulah musuh ku yang paling besar di antara segala musuh ku di muka bumi ini."

Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun menggeletar karena ketakutan. Sambung Iblis, "Ya Khatamul Anbiya! Ada pun aku dapat merubah diri ku seperti sekalian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak berbeza, kecuali diri mu saja yang tidak dapat aku tiru karana dicegah oleh Allah. Kiranya aku menyerupai diri mu, maka terbakar lah diri ku menjadi abu. Aku cabut iktikad / niat anak Adam supaya menjadi kafir karana engkau berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam, begitu jugalah aku berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Aku akan menarik seluruh umat Islam dari jalan benar menuju jalan yang sesat supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama ku."

Pertanyaan Nabi (2):

"Hai Iblis! Bagaimana perbuatan mu kepada makhluk Allah?"

Jawab Iblis:

"Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Aku goda semua manusia supaya meninggalkan solat, terbuai dengan makan minum, berbuat durhaka, aku lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya,ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram.

Demikian juga ketika pesta yang bercampur antara lelaki dan perempuan. Di sanaku lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang peraturan dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu aku hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka,terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.

Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau berbuat amal ibadat, aku akan rayu mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras aku goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takabur,megah, sombong dan melengahkan amal nya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah aku goda mereka setiap saat."

Pertanyaan Nabi (3):

"Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah melakukanpekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besarserta seksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai yang dikutuk Allah!Siapa yang menjadikan mu? Siapa yang melanjutkan usia mu? Siapa yangmenerangkan mata mu? Siapa yang memberi pendengaran mu? Siapa yang memberikekuatan anggota badan mu?"

Jawab Iblis:

"Semuanya itu adalah anugerah daripada Allah Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takabur membuat ku menjadi jahat sebesar-besarnya.Engkau lebih tahu bahawa Diri ku telah beribu-ribu tahun menjadi ketua seluruh Malaikat dan pangkat ku telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian Aku tinggal di dunia ini beribadat bersama sekalian Malaikat beberapa waktu lamanya.

Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka aku pun membantah. Lalu Allah menciptakan lelaki(Nabi Adam) lalu dititahkan seluruh Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu,kecuali aku yang ingkar. Oleh karena itu Allah murka kepada ku dan wajah kuyang tampan rupawan dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan kelam. Aku merasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dandikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah seluruh bidadari.Aku bertambah dengki dan dendam kepada mereka.

Akhirnya aku berhasil menipu mereka melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia.Keduanya berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di PadangArafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anaklelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun aku masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya aku lakukan hingga Hari Kiamat.

Sebelum Engkau lahir ke dunia, aku berserta bala tentera kudengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisanyang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka.Kemudian aku turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apayang sebenarnya aku dapatkan, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat denganberbagai kitab bid'ah dan carut-marut.

Tetapi ketika engkau lahir ke dunia ini, maka aku tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika aku berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang menyala.Sudah banyak bala tentera ku yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan ku dan bala tentera ku untuk menjalankan tugas menghasut."

Pertanyaan Nabi (4):

"Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu dari manusia?"

Jawab Iblis:

"Pertama sekali aku palingkan iktikad / niatnya,imannya kepada kafir juga ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga, aku akan tarik dengan cara mengurangi pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut jalan ku"

Pertanyaan Nabi (5):

"Hai Iblis! Jika umat ku solat karana Allah,bagaimana keadaan mu?"

Jawab Iblis:

"Sebesar-besarnya kesusahan ku. Gementar lah badan ku dan lemah tulang sendi ku. Maka aku kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas solat, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solatnya, hilang khusyuknya - matanya sentiasa menjeling kekiri kanan, telinganya senantiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud berlama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya senantiasa hendak cepat habis solat nya, itu semua membawa kepada kurangnya pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, makaa ku sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman."

Pertanyaan Nabi (6):

"Jika umatku membaca Al-Quran karena Allah, bagaimana perasaan mu?"

Jawab Iblis:

"Jika mereka membaca Al-Quran karena Allah, maka rasa terbakar lah tubuh ku, putus-putus segala urat ku lalu aku lari daripadanya."

Pertanyaan Nabi (7):

"Jika umat ku mengerjakan haji karena Allah, bagaimana perasaan mu?"

Jawab Iblis:

"Binasalah diri ku, gugurlah daging dan tulang ku karana mereka telah mencukupkan rukun Islam nya."

Pertanyaan Nabi (8):

"Jika umat ku berpuasa karena Allah, bagaimana keadaanmu?"

Jawab Iblis:

"Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada ku. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancar lah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan seluruh Malaikat menyambut dengan suka cita.Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hati ku ialah segala isi langit dan bumi,yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan ampunan bagi orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ia lah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat mu mulai berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkap ku dan tentera ku, jin, syaitandan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat mu berpuasa barulah aku dilepaskan dengan perintah agar tidak mengganggu umat mu. Umat mu sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sebagaimana mereka bekerja dan bersahur seorang diri ditengah malam tanpa rasa takut dibandingkan bulan biasa."

Pertanyaan Nabi (9):

"Hai Iblis! Bagaimana seluruh sahabat ku menurutmu?"

Jawab Iblis:

"Seluruh sahabat mu juga adalah sebesar - besar seteruku. Tiada upaya ku melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Karana engkau sendiri telah berkata: "Seluruh sahabat ku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk."

Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama mu, aku tidak dapat mendekatinya, apalagi setelah berdampingan dengan mu. Dia begitu percaya atas kebenaran mu hingga dia menjad iwazirul a'zam. Bahkan engkau sendiri telah mengatakan jika ditimbang seluruh isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua mu karena engkau menikah dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafadz Hadits-hadits mu.

Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani aku pandang wajahnya karena dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan seksama. Jika aku pandang wajahnya, maka gementar lah segala tulang sendi ku karena sangat takut. Hal ini karena imannya sangat kuat apalagi engkau telah mengatakan, "Jikalau adanya Nabi sesudahku maka Umar boleh menggantikan aku", karena dia adalah orang harapan mu serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'.

Saidina Usman Al-Affan lagi, aku tidak bisa bertemu, karena lidahnya senantiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu mu sebanyak dua kali. Karena taat nya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya karena Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga engkau mengatakan, "Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid."

Saidina Ali Abi Talib pun itu aku sangat takut karena hebatnya dan gagah nya dia di medan perang, tetapi sangat sopan santun, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakar lah kedua mata mereka karena dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah golongan orang pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sembarang berhala. Bergelar 'Ali KaramullahuWajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan engkau sendiri berkata, "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya."Tambahan pula dia menjadi menantu mu, semakin aku ngeri kepadanya."
Pertanyaan Nabi (10):

"Bagaimana tipu daya engkau kepada umat ku?"

Jawab Iblis:

"Umat mu itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan yaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibril a.s, "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat." Yang kedua umat tuan seperti tanah yaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurnian Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umatmu seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka aku pun bersukacita lalu masuk ke dalam badannya, aku putarkan hatinya ke lautan durhaka dan aku hela ke mana saja mengikuti kehendak ku. Jadi dia senantiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat.

Lalu aku goda agar minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat mu terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia senantiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, bercakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur."

Pertanyaan Nabi (11):

"Siapa yang serupa dengan engkau?"



Jawab Iblis:

"Orang yang meringankan syariat mu dan membenci orang belajar agama Islam."

Pertanyaan Nabi (12):

"Siapa yang mencahayakan muka engkau?"

Jawab Iblis:

"Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu,pemungkir janji."

Pertanyaan Nabi (13):

"Apakah rahsia engkau kepada umat ku?"

Jawab Iblis:

"Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidakmembaca doa pelindung syaitan, maka aku gosok-gosokkan najisnya sendiri kebadannya tanpa dia sadari."

Pertanyaan Nabi (14):

"Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana halengkau?"

Jawab Iblis:

"Jika umatmu hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah aku dari mereka. Jika tidak, aku akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampur lah benih ku dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua karena kealpaan ibu bapaknya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, aku yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah merasa kenyang."

Pertanyaan Nabi (15):

"Dengan jalan apa dapat menolak tipu daya kau?"

Jawab Iblis:

"Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis menyesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air wudhu', maka padamlah marahnya."

Pertanyaan Nabi (16):

"Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?"

Jawab Iblis:

Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."

Pertanyaan Nabi (17):

"Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"

Jawab Iblis:

"Orang yang tidur meniarap / telungkup, orang yang matanya terbuka (mendusin) di waktu subuh tetapi menyambung tidur lagi. Laluaku lenakan dia hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zuhur, asar,maghrib dan isya', aku beratkan hatinya untuk sholat."

Pertanyaan Nabi (18):

"Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"

Jawab Iblis:

"Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dansholat tengah malam."

Pertanyaan Nabi (19):

"Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"


Jawab Iblis:

"Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf didalamnya"

Pertanyaan Nabi (20):

"Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis:

"Orang yang taat kepada kedua ibu bapanya, mendengarkata mereka, membantu makan pakaian mereka selama mereka hidup, karana engkautelah bersabda, 'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu'"

WASSALAM~

No comments:

Post a Comment