Friday, August 19, 2011

19 Ogos 2011

assalamualaikum,


lama rasanya saya tidak menulis di blog....banyak masa dilakukan dengan aktiviti dijalankan oleh pihak kolej dan  rakan-rakan seperjuangan...program yang terbaru,goto-royong memasak dan forum perdana sempena ihya ramadhan....terima kasih atas segala komitmen ajk yang terlibat termasuk para pensyarah yang menjadi tulang belakang dalam menjayakan program ini...program yang agak besar juga bagi saya dan kawan untuk hadapi....


suka rasanya kali ini kita berkongsi sedikit ilmu yang Allah kurniakan...Allah berfirman dalam surah al-Waqiah ayat 45: "sesungguhnya mereka itu sebelumnya adalah dalam kemewahan"...
mengikut tafsir al-Azhar karangan Prof.Hamka.. Seperti sedia maklum,banyak kemudaratan yang kita terima apabila berada hidup dengan kemewahan. Pembaziran dalm pembelanjaan,sombong dan angkuh serta gagal kawal hawa nafsu. Hadith sahih ada meriwayatkan “jika ada pada seorang anak Adam dua buah lembah daripada emas,dia masih mahukan lembah yang ketiga. Dan tidaklah ada yang akan memenuhi perut anak Adam itu selain dari tanah belaka”. Apabila berada dalam kemewahan,susah untuk manusia itu memikirkan tentang manusia lain yang dalam kesusahan. Walaupun dari rezeki atau sumber yang halal,masih juga tercela 
kerana orang sekelilingnya hidup dalam kesusahan.
suka saya kaitkan disini bagaimana manusia yang berada dalam kemewahan ini dengan kehidupan pada hari ini...seperti contoh,dengan kedatangan ramadhan,begitu banyak bazar ramadhan yang muncul bagai cendawan tumbuh...ada yang tidak pernah berniaga,memulakan perniagaan dibulan ramandhan....yang menarik perhatian disini,bukan penjual...akan tetapi pembeli dibazar ramadhan...sememangnya ramadhan Allah janjikan keberkatan kepada umat Islam....apa yang saya perhatikan dibazar ramadhan,para pembeli membeli beranika macam makanan....ada yang makanan yang tidak pernah dia makan atau makanan yang dia tidak pernah suka makan...turut dibeli....apabila membeli,bukan dalam kadar yang sedikit,akan tetapi banyak sehingga diluar kuantiti yang diperlukan...ada yang mengatakan,di awal bulan makan ikan bakar pari,diakhir makan roti....mengapa ini berlaku..??semuanya kerana begitu mewah berbelanja di bazar,sehingga kalah dengan nafsu diri...dapat dikaitkan dengan ayat Allah ini,bagaimana manusia ini begitu senang dengan kehidupan ini sehingga tidak memikirkan kesan dan akibat yang bakar menimpa mereka akibat sikap bermewah dan suka membazir....dengan syawal yang sudah mengintai untuk masuk menggantikan ramadhan,10malam terakhir yang patut kita rebut dengan ibadah kepada Allah,telah ditukar dengan berebut kain langsir,baju raya,sofa baru dan pelbagai lagi perkara membeli barang keduniaan,bukan Islam tidak membenarkan menyambut syawal...sudah pasti satu kemenangan yang diraikan manusia terutama umat Islam iaitu kemenangan setelah berpuasa dan menyambut kedatangan syawal...janganlah sampai terlalu berada dalam kemewahan sehingga berhutang yang akan mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri...
mengupas sedikit isu semasa,begitu  hebat di media massa mengutarakan isu serbuan JAIS kepada sebuah gereja di ibu kota baru-baru ini...saya menerima maklumat yang kurang pasti kenapa serbuan itu dijalankan dan bermula daripada kegagalan pemohon zakat yang kecewa dan meminta bantuan gereja untuk perolehi sedikit duit....tidaklah dipastikan kesahihannya,akan tetapi jika benar...tidak terkejut mengapa orang Islam pergi memohon bantuan dari gereja yang lebih mudah memberi tetapi turut "dakwaH" kepada pemohon...persoalan yang timbul,begitu ramai NGO yang membantah keras permohonan maaf MB Selangor kepada pihak gereja...ada yang berdemo,membuat bantahan rasmi kerana kecewa dengan tindakan permohonan maaf itu....persoalannya,baru-baru pasukan Chelsea datang menentang pasukan Malaysia dalam jelajah asianya.....seperti sedia maklum,ada seorang pemain berbangsa Israil berada disana dan dikecam hebat oleh penyokong...setahu saya,Malaysia tidak pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan Israil,kenapa orang yang warga negara Israil itu dibenarkan berada di Malaysia..??dimana NGO tadi yang marah kepada MB yang membuat kenyataan maaf kepada pihak gereja yang terang-terang orang Malaysia...kenapa tidak kepada pengurusan FAM yang membuat kenyataan maaf kepada pasukan Chelsea dimana rakyat Malaysia mengecam kedatangan warga Israil ke Malaysia kerana takut akan digantung FIFA dan Malaysia tidak lagi dibenarkan bermain di peringkat antarabangsa....dimana kewarasan kita sebagai umat Islam,jika takut dan khuatir saudara Islam kita murtad,salah diri kita kerana tidak menjaga kebajikan mereka...mengaku mengamalkan negara kebajikan selama ini...apa yang kebajikan dilakukan jika begini jadinya....ayuh semua,buka minda dan pemikiran sempit kita yang cepat menghukum....sekian saja dari saya...sehingga ketemu lagi dilain masa...selamat berpuasa dan menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin (ini hanyalah pandangan dan pemikiran penulis,tidak bermaksud untuk menyentuh sensitivi mana-mana pihak)